Monday, June 16, 2008

FAQ

1. Adakah produk ini benar-benar berkesan?
Ya, semua kereta yang telah kami uji menunjukkan hasil yang ketara. Enjin lama akan menjadi lebih lancar seperti enjin baru. Kami telah banyak menerima maklum balas yang memberangsangkan daripada para pelanggan kami tentang keberkesanan D'Carbo membersihkan silinder, palam pencucuh, combustion chamber
, piston dan intake manifold. Kami yakin anda pasti akan mendapat faedah daripada produk yang kami tawarkan ini. Sila baca berkenaan 'Jaminan Wang Dikembalikan' daripada kami.

2. Adakah penggunaan D'Carbo boleh menyebabkan jaminan kereta terbatal?

Tidak sama sekali kerana D'Carbo tidak memerlukan pengubahsuaian samada mekanikal, elektrikal atau secara kimia. D'Carbo hanya membersihkan karbon yang telah terbentuk didalam saluran bahanapi, kebuk pembakaran, injap silinder dsb.


3. Adakah D'Carbo sesuai untuk kenderaan berkuasa turbo?

Ya, D'Carbo sesuai untuk semua jenis kenderaan termasuk kereta yang berkuasa turbo atau supercharger dan kenderaan-kenderaan lain seperti motosikal, van, lori, bas dsb. Ia juga sesuai untuk semua jenis enjin yang menggunakan karburetor, suntikan bahanapi dan juga enjin diesel.

4. Berapa lama masa diambil untuk merasai peningkatan prestasi kenderaan?
Serta merta setelah melakukan 15 minit proses pembersihan. Anda akan dapati prestasi dan pecutan kenderaan bertambah baik. Enjin akan menjadi lebih lancar seakan kereta baru. Penggunaan petrol juga semakin jimat kerana karbon telah dibersihkan.


5
. Saya tidak pernah mendengar penggunaan 'decarbonizer' dari negara lain. Adakah teknologi ini berasal dari Malaysia?
Buat masa sekarang anda susah untuk mencari 'decarbonizer' dijual di negara-negara seperti USA, UK atau Australia tetapi di UK dan USA terdapat beberapa jenis mesin pembersih karbon yang memerlukan kos lebih kurang RM10,000. Bagaimanapun, D'Carbo jauh lebih murah berbanding mesin-mesin tersebut untuk melakukan tugas yang sama. Teknologinya berasal dari Jerman dan kajian telah dilakukan di Jerman dan Australia. Sebahagian daripada bahan komposisi D'Carbo diimport dari luar negera tetapi pembungkusan (packing) dilakukan di Malaysia. Ia adalah 100% bahan bukan kimia (non-chemical substances) dan juga mesra alam. Teknologi yang digunakan juga dipanggil 'Bio-Degradeable Technology'.


6. Adakah D'Carbo mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh SIRIM?
Ya, D'Carbo telah diuji oleh SIRIM dan Speedworks (Dyno test) Laboratory yang mana produk ini telah dibuktikan mampu membersihkan karbon seterusnya meningkatkan prestasi kenderaan.

7. Berapakah kuantiti yang saya perlu gunakan?

i.) Kenderaan petrol: 2000cc dan ke bawah – 1 botol
2000cc dan ke atas – 2 botol

ii.) Kenderaan diesel - 2 botol

iii.) Enjin yang mempunyai lebih daripada 4 silinder - 2 botol

* Untuk hasil yang lebih baik gunakan setiap 10,000km

No comments: